Assalamualaikum,
Menjelang Mahgrib pada 4 Julai 2013 (Rabu) ini tibala Hari Nisfu Syakban (15 Syakban) bagi tahun 1433H
Umumnya umat Islam mengetahui bulan ini adalah bulan yang sepatutnya memperhebatkan amalan, menajamkan minda rohani dan mempertingkatkan keimananan.
-Nabi saw. banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban.
Merujuk kepada beberapa hadis Rasulullah s.a.w ::
(a) Dari Aisyah Ummul Mukmnin r.a katanya: Rasulullah s.a.w sering puasa
sehingga kami mengira bahawa beliau akan puasa sterusnya. Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat beliau akan berbuka terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya’ban.(Sahih Muslim)
(b) Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)
(c) Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad)
(d) Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.
Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
(e) Dilarang berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (HR Abu Daud)
Rujukan: Masjid Negara
http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=552%3Atazkirah-kelebihan-bulan-syaban&catid=41%3Atazkirah&Itemid=99
No comments:
Post a Comment